Monday, April 16, 2012

mamat mula kerinduan~.~

Suasana kelas yang agak bingit dengan suara rakan-rakan bercakap membuatkan Karim sedikit terganggu. Beg yang digalas dilurut turun dari bahu lalu diletakkan di atas kerusi. Matanya melilau mencari temannya, Mamat. Jam di tangan dilihat sekilas-7.10 minit pagi. Masih awal lagi,kata Karim dalam hati. Dia mula bergerak keluar dari kelas menuju ke koridor. Udara pagi yang nyaman di luar kelasnya itu membuatkan hatinya sedikit tenang. Udara pagi memang bagus untuk otak seorang pelajar sepertinya.

Dia memandang ke arah pintu pagar sekolah. Berduyun-duyun pelajar yang baru sahaja tiba. Ada yang mula memberhentikan basikal dan motosikal mereka lalu turun menuntun ke arah tempat letak kenderaan pelajar. Pengawas-pengawas mula sibuk mengawasi keadaan sekolah.

Di celah-celah pelajar yang berduyun-duyun itu, Karim dapat melihat kelibat temannya Mamat. Karim mula mengukirkan senyuman. Namun, sekejap! Kenapa muka Mamat ada cuka. Oh! Maksudnya kenapa masam. Tiada senyuman pada riak wajah temannya itu. Ini mesti ada yang tidak kena ni, detik Karim dalam hati. Loceng panjang serta bunyi suara Ketua Pelajar, Ahmad Mustaqim berdehem tanda doa akan mula dibacakan membuat Karim berhenti memandang ke bawah. “Nanti aku kena selidik ni”. Karim bertekad.

“Mekanisma pernafasan melibatkan perubahan pada sistem respirasi yang membolehkan kita bernafas. Pernafasan boleh kita kelaskan kepada dua iaitu proses menarik nafas serta menghembus nafas….” Cikgu Halina mula melarikan pennya pada slide show di papan putih. Karim mencatat setiap isi pelajaran yang dirasanya penting. Matanya juga kadang-kala di alihkan ke arah Mamat. Sejak sampai tadi temannya itu membisu seribu bahasa. “Takkan Mamat masih marahkan aku…”. Kejadian seminggu lalu diingat kembali. Dia tinggalkan Mamat sewaktu balik dari kenduri rumah Mak cik Bedah kerana terlampau bengang dengan perangai Mamat yang tidak tahu malu. Selepas Mamat memberitahu yang dia telah mengayat mak cik-mak cik dapur untuk dapatkan bubur kacang, dia terus sahaja tinggalkan Mamat untuk pergi bersalam dengan Pak Jusoh. Selepas sahaja selesai bersalam, dia terus balik namun sempat dia melihat Mamat bergelak ketawa dengan Pak Jusoh. Jadi dia fikir Mamat baik-baik sahaja. “Iskhh…..tak boleh jadi ni. Lambatnya rehat….”.Karim sudah mati akal.

Loceng panjang mula berbunyi sewaktu Cikgu Halina sibuk mengingatkan para pelajar tentang tugasan semasa karnival alam sekitar yang akan diadakan tidak lama lagi. Karim yang mendapat tugas menjaga makmal biologi mencoret-coret sesuatu pada kertas. Selesai memberi salam kepada guru kelasnya itu, semua pelajar mula bergerak keluar dari kelas untuk mengisi perut yang mula berbunyi-bunyi minta diisi. Karim menutup buku notanya sambil menjeling ke arah Mamat.

“Mamat, kau kenapa? Marah dekat aku ke?” soal Karim sambil duduk di kerusi di hadapan Mamat. Mamat mendongak melihat ke arah Karim. Matanya kuyu macam tidak cukup tidur. Karim makin keliru.

“Aku sayang kau, tak kan la aku ada hati nak marah dekat kau….” Jawapan Mamat membuatkan Karim ternganga. Mamat mengigau di siang hari ke ni.. Dia terus melihat sekeliling kalau-kalau ada orang yang mendengar apa yang Mamat cakap. Nasibla hanya ada seorang budak perempuan kelasnya yang tidak keluar rehat. Budak perempuan cantik yang misteri~kata Mamat. Harap-harapla dia tidak dengar kerana dia nampak budak perempuan itu begitu kusyuk membaca buku yang dia tidak nampak tajuknya. Memang misteri.
“Kau kenapa?”

“Aku demam kerinduan ni. Dah seminggu aku tak dapat makan bubur kacang.” Jawab Mamat sambil meletakkan kepalanya di atas meja. Sungguh kesian. Karim mengerut kepalanya yang tidak gatal sambil menahan ketawa.

“Bukan ke hari tu kau dapat banyak masa kenduri rumah Mak cik Bedah?”

“Memang la. Aku dapat dua bungkus. Aku simpan dalam peti sejuk sebab nak suruh tak basi..Kenduri tu kan hari Sabtu, balik sekolah hari Ahad tu aku ingat nak makan la. Tup-tup aku buka peti,aku tengok dah hilang. Puas aku geledah peti tu,tak jumpa-jumpa. Kau tahu hilang ke mana?”soal Mamat memandang Karim dengan wajah tidak ada perasaan.

“Mak kau makan?”

“Kalau mak aku makan, tak la aku marah sangat”

“Habis tu?”

“ Si Nani gemuk yang makan!”

Hahaha….Karim tidak dapat menahan ketawa lagi. Dia dah agak pasti ada kaitan masamnya Mamat hari ini dengan bubur kacang. Nani,adik Mamat yang berumur lapan tahun itu memang musuh ketat Mamat di rumah. Setiap kali Karim ke rumah Mamat pasti dia dapat lihat Mamat mengusik adiknya itu.

“Mak, abang Mamat ambik anak patung Nani!. Mak, abang Mamat kata Nani gemuk!”. Memang Mamat yang kuat mengusik Nani yang tembam badannya itu. Dia tidak sangka kali ini Nani membalas dendamnya dengan cara yang paling halus. Menghabiskan makanan kegemaran abangnya tanpa pengetahuan Mamat. Memang sungguh licik sekali Nani. Hahaha.

Mamat memandang Karim seperti mahu ditelannya. Marah sebab Karim gelakkan dia. Karim cepat-cepat menutup mulutnya takut marah Mamat makin menjadi. Tiba-tiba bunyi kerusi ditolak kuat dari arah belakang kelas membuatkan dia terus terdiam. Budak perempuan cantik tetapi misteri bangun. Mamat dan Karim serentak menoleh ke belakang. Budak perempuan itu memandang tepat ke arah Mamat. Karim yang melihat sedikit keliru. Selepas lebih kurang tiga saat memandang Mamat, budak perempuan itu terus berjalan keluar dengan langkah yang sungguh cantik diatur. Memang menambahkan kemisteriannya.

“Kau agak dia dengar ke apa yang aku cerita tadi?” Mamat menyoal sambil matanya masih memandang bayang-bayang budak perempuan misteri yang semakin menghilang.

“Aku pun tak tahu. Mungkin dengar dan mungkin tidak…..”. Karim menjawab dengan rasa yang agak keliru. Memang pelik kawan sekelasnya itu.

Namanya Nur Balqis binti Kamarul Bahrin. Baharu sahaja pindah ke sekolah mereka awal tahun ini. Mukanya selalu serius tetapi jika tersenyum, boleh cair juga hati lelaki yang memandangnya kerana mempunyai lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Ayahnya seorang pegawai kawalan trafik udara. Kerja yang membuatkan Cikgu Halina bertanya banyak. Tidak tahu kenapa. Jawapan yang diberi Nur Balqis, ayahnya bertugas sebagai pemberi arahan kepada juruterbang sewaktu mereka mahu berlepas dan mendarat. Cikgu Halina yang mendengar tersenyum sendirian semasa Nur Balqis menjawab begitu. Mungkin ada kisah yang Cikgu Halina kenangkan. Mana kita tahu kan?^_^.

Nur Balqis agak pendiam di dalam kelas. Pernah suatu hari, ketika Karim dan Mamat bersiar-siar di kampungnya, mereka melalui kawasan rumah Nur Balqis. Dia melihat Nur Balqis sedang membaca sambil kadang-kadang memandang ke langit. Lama juga mereka perhatikan Nur Balqis begitu. Tidak tahu apa yang dilihatnya. Sejak hari itu, Mamat memanggil Nur Balqis dengan gelaran : ~Budak Perempuan Cantik yang Misteri~ .~

*******************

Sesi persekolahan akhirnya tamat dengan jayanya hari ini. Cuaca yang agak panas kebelakangan ini membuatkan semua pelajar tidak sabar untuk pulang ke rumah. Mamat dan Karim juga tidak terkecuali.

Mamat mula mengayuh basikal apabila melepasi pagar sekolah. Karim yang mengikut di belakang mempercepatkan kayuhan agar dapat bersaing dengan Mamat. Jalan raya yang agak berdebu pada waktu tengah hari membuatkan kayuhan mereka berdua agak laju. Tiada perbualan seperti biasa. Kedua-duanya begitu fokus pada kayuhan mereka agar cepat sampai ke rumah. Di dalam kepala mereka sudah terbayang air sirap batu yang apabila di teguk pasti menghilangkan kehausan di tekak. Namun bayangan itu tidak lama kerana dari jauh mereka sudah ternampak gerai ais cendol Pak Samad.

“Mat, kau nak ais cendol tak? Aku belanja”. Karim mahu memujuk hati Mamat yang masih suam-suam kuku merajuk itu.

“Bolehla ….” Mamat menjawab ala kadar.

Sreeekkk……. Brek yang ditekan kuat mengeluarkan bunyi. Tanah yang sedia berdebu makin mengeluarkan debu yang berkebuk-kebuk. Nasib baiklah mereka berhenti sedikit jauh dari gerai Pak Samad. Kalau tidak, mahu debu-debu itu berterbangan masuk ke dalam baling ais cendol Pak Samad. Haru jadinya.

“Pak Mad, ais cendol dua ya”. Karim mula duduk bertenggek di tepi baling yang berisi ais cendol.
Dia melihat ke arah Mamat yang sudah mula menuntun basikalnya ke arah bawah pokok tembusu yang besar. Basikal Karim juga diheret sama. Karim tersenyum. Mamat memang sahabatnya. Persahabatan dari kecil membawa ke besar. Mereka membesar bersama. Hati remajanya selalu berbisik memohon pada Allah semoga memberkati persahabatan mereka berdua sehingga ke akhir hayat.

Karim mengesat peluh yang sudah mula bergerak laju turun dari dahinya. Balang ais cendol Pak Samad dipandangnya. Sedap sungguh. Gerai Pak Samad bukanlah besar. Hanya ada sebiji meja panjang tempat Pak Samad letakkan balang ais cendolnya dan gelas-gelas plastik. Pak Samad pasangkan juga atap supaya tidak terlalu panas. Lebih selesa katanya.

Namun, hari ini, meja panjang itu nampak sedikit penuh. Bekas-bekas kecil nampak tersusun elok di tepi balang ais cendol.

“Apa tu, Pak Mad?”. Pak Samad yang sibuk mengisi ais cendol ke dalam bekas plastik mengangkat kepala.

“Mana?”

Karim menunjukkan tangannya ke deretan bekas kecil yang tersusun comel itu.

“Ooo.... ada orang hantar kuih dekat Pak Samad sekarang. Ondeh-ondeh ada, sekaya ada.... bubur kacang pun ada!”

Bubur kacang!

Pak Samad menghulur plastik yang berisi dua bekas air kepada Kamil yang masih ternganga memandang bekas-bekas kuih. Pelik dengan kelakuan Kamil, Pak Samad mengambil sebekas bubur kacang lalu dihulur kepada Kamil.

“Dua ringgit. Bubur kacang ni Pak Mad bagi percuma. Promosi....”. Pak Samad menyengih.

“Terima kasih banyak-banyak Pak Mad!” Karim laju menghulur duit dua ringgit sambil tersenyum manis. Sempat lagi dia menyalami tangan Pak Samad walaupun tangan pak cik tu berlengas dengan air gula. Gembira benar! Pak Samad pula bertambah pelik.

Karim melangkah laju ke arah Mamat yang sedang bertenggek di atas basikalnya. Angin sepoi-sepoi di bawah pohon tembusu itu sempat lagi membuai Mamat. Tersengguk-sengguk rakannya itu.

“Mat!” Karim menepuk bahu Mamat.

Mamat hampir terjatuh dari basikal tapi sempat di tahan Karim. Karim ketawa kecil. Mamat membeliakkan matanya.

“Apa la kau ni! Nasib aku tak tergolek jatuh.”
“Jangan la marah kawan...Ni, aku ada hadiah untuk kau.” Karim menayang-nayang plastik hijau yang berisi bubur kacang.

Mamat yang melihat sedikit terbeliak matanya. Mulutnya mula tersenyum lebar sampai ke telinga.

“Wei! Mana kau dapat ni? Karim....ni la yang buatkan aku bertambah-tambah sayang dekat kau ni ...”. Mamat sudah mula membuka tangan untuk memeluk Karim tetapi nasib baik Karim cepat mengelak.

“Eee.... geli la kau ni. Nah! Ambik bubur kacang kau ni pastu pergi main jauh-jauh. Buat malu kompeni betul kau ni”. Karim bergerak ke arah basikalnya cepat-cepat. Mamat tergelak besar.

Monday, April 9, 2012

The Power of Giving


Jadilah orang yang dapat Memberi daripada yang Menerima:

You know that giving makes the world a better place...

...and you’ve almost certainly felt the personal benefits of giving.
That’s why we feel you’ll want to read this inspiring book.The Power of Giving is a hopeful and practical book.
It’s been strongly endorsed by Jack Canfield, Dr. Wayne Dyer, Seth Godin, and many more prominent authors and inspirational individuals. And it has been printed in ten languages in eleven countries- including most recently in Arabic!
When you buy The Power of Giving, you'll see:
  • How your simple act of giving can improve your health, your relationships, your company’s bottom line, your happiness and more…
  • How to find and cultivate your own personal giving potential.
  • How to give most effectively by choosing the right times, places, causes and people to give to.

This is a book about you.

The Power of Giving is a book about you and your potential. It's really a book about how each of us lives our life, and how you can improve yours. The surprise is that you can improve every part of your own life by giving.
Does this sound strange to you?
It may, but research shows that giving is one of the best things we can do for ourselves, as well as others. The Power of Giving shows you how best to give.
Virtually all successful – and certainly all happy people – have discovered the secrets of giving.
The Power of Giving will show you what you already know in your heart – that giving is a key part of every person's life. You'll see how to give better, where to give, and how you can achieve the greatest impact.
You’ll also automatically help nonprofits when you buy this book. All author royalties will go to nonprofits – from today, until the book goes out of print (hopefully never).
We truly believe that the more people who read this book, the more giving will transform the world we live in.
In these times, our communities face so many problems. Best-selling author Seth Godin says: “This book could change everything.” That change can start with you. Please order your personal copy right now. And thank you for all that you do.
—Azim & Harvey