Sunday, January 30, 2011

"Mak, Bain ke kebun limau dahulu. Udin nak ikut tolong sekali petang ini" ujar Bain sambil memandang emaknya yang sedang leka mengait mangga di hadapan rumah.

"Yelah. Jangan lupa tengok-tengokkan ayah kamu sekali. Tengahari tadi balik sekejap sahaja. Lepas tu terus menghilang ke kebun sayur tu" bebelah Mak Timah mula panjang.

"Baik mak, nanti Bain singgah di kebun sayur dahulu..". Bain mengangkat tongkat basikalnya dan mula mengayuh basikal laju ke hadapan jalan. Udin sudah sedia menunggunya.

Mak Timah hanya memandang kelibat anaknya yang mula menghilang. Ingatannya kembali pada Pak Rahim, bapanya Bain. Mak Timah tahu yang kebun limau serta kebun sayur itu sahajalah tempat suaminya berada. Cuma rasa bimbang pada suaminya makin menjadi-jadi semenjak kebelakangan ini. Semenjak Pak Rahim asyik mengadu sakit-sakit dada, menyebabkan dia juga tidak senang duduk. Bila dilarang ke kebun, ada sahajalah alasannya.

Perangai suaminya sekarang banyak mengingatkan Mak Timah pada arwah mentuanya, Haji Ramli. Dada Mak Timah berombak kencang.."Nauzubillah..." ucap Mak Timah perlahan.

******************

Malam mula melabuhkan tirainya. Bain yang masih melawan rasa mengantuknya mula tersengguk-sengguk. Ulangkajinya malam ini sengaja diperbanyakkan lagi memandangkan peperiksaan SPM yang semakin hampir. Sesekali emaknya, Mak Timah mengjengulkan kepala di pintu bilik melihatnya belajar. Wajah tua emaknya kadang-kadang membawa hatinya diruntun hiba.

"Bain akan berusaha mak.." bisik hati kecilnya.

Walaupun kehidupannya sekarang boleh dikatakan stabil, tetapi dengan hasil kebun sayur dan kebun limau yang semakin merosot kebelakangan ini, merungsingkan mereka sekeluarga. Bain sedar sebagai abang sulung, dia menggalas tanggungjawab yang cukup besar dalam keluarganya. Dia memerlukan satu motivasi yang cukup tinggi untuk ditunjukkan kepada adik-adiknya. Pesan atuknya dulu masih segar dalam ingatannya.

"Jadi orang yang berguna, Bain. Hidup ini memerlukan kita untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukanlah hanya untuk menerima..."kata Haji Ramli pada Bain ketika mereka sama-sama duduk di pangkin bawah pokok mangga di hadapan rumahnya. Sesekali Haji Ramli merenung mesra cucunya yang sedang asyik melukis awan-awan di langit.

"Bain nak sentuh awan-awan ni nanti atuk!" ujar Bain sambil tangannya masih ligat mencoret-coret di atas kertas lukisannya. Haji Ramli yang mendengarnya hanya tersenyum.

"Tinggi cita-cita cucu atuk ni...." kata Haji Ramli sambil menggosok-gosok kepala Bain.

Thursday, January 27, 2011

saYa Budak barU belajar:'(

rupanya bukan senang untuk menulis. kena sentiasa mencari idea.rasenye kena banyak membaca dan kuatkan semangat lagi.
"Untuk melakukan sesuatu, kita perlukan ilmu dan semangat. Dengan ilmu kita pasti dapat lakukan sesuatu tapi tanpa semangat juga pasti ia tidak akan berjaya"~Maryamah Karpov

Monday, January 24, 2011

.....it's start...

Bahrain mendongak ke langit yang membiru.Kepulan awan yang memutih memberikan petanda bahawa cuaca yang baik pada pagi ini. Anak-anak burung yang baru belajar untuk mengendalikan sayapnya tidak terlepas pada pandangannya.Akalnya mula mengagumi ciptaan Allah itu.Sekecil-kecil burung pun harus belajar untuk hidup. Apatah lagi manusia yang dianugerahkan Allah kesempurnaan..Subhanallah...

"Bain!!!!...kenapa tak ke sekolah lagi?", laung satu suara dari arah belakang rumah membuatkan lamunannya terhenti.

"Ya mak!..Bain ke sekolah dulu ni," kata  Bahrain sambil mengikat tali kasutnya. Bain...panggilan yang diberi oleh arwah atuknya dulu. Susah sangat kata atuknya nak menyebut namanya. Maklumlah dah kurang gigi di depan. Tersengih sendiri dia bila ingatkan atuk. Hidupnya banyak dihabiskan dengan arwah dahulu. Ke sungai...ke kebun...

"Bain!!!!"

"Ye..ye.. mak..Bain pergi dulu. Assalamualaikum!!!"..teriak Bain kuat.

**********

Bain meletakkan beg di belakang kerusi. Kelas telah mulai penuh dengan kawan-kawannya yang sibuk dengan agenda masing-masing. Dia melilau mencari teman baiknya Udin yang belum kelihatan dari tadi.

"Hoi!". Sapa seseorang dari belakang sambil menepuk bahunya.

Bain yang sedikit tersentak pantas menoleh kebelakang. Sengihan Udin yang menampakkan barisan giginya yang kekuningan kesan terlampau minum air teh kata Udin membuatkan Bain tersenyum.

"Lambat kau datang hari ini. Aku ingat kau tak datang sekolah", kata Udin sambil mengeluarkan buku matematik tambahan.

"Aku lambat sikit hari ini. Ambil 'mood' tengok langit...."

"Aku faham sangat kau tu...",ujar Udin tanpa memandangnya. Dia telah mula membuat kiraan pada buku latihan matematik tambahannya. Udin, kawan sekampungnya dan juga teman akrab dari kecil. Dia banyak berkongsi suka duka dengan Udin. Malah kawannya itulah yang banyak menemaninya semasa dia hilang semangat ketika atuknya meninggal. Udin tahu yang Bain terlalu sayangkan atuknya dan tabiat melihat awan-awan di langit itulah yang diwarisi oleh Bain dari atuknya, Tok Ramli.

"Apa yang kau tengok sebenarnya?" ujar Udin tiba-tiba.

"Aku pun tak tahu Udin..Tapi ini sahaja cara yang aku boleh buat untuk dapatkan semangat aku balik. Pandang ke awan macam aku pandang arwah atuk aku."

Udin mengangkat kepalanya sambil mengerutkan dahi. "Kau jangan macam ni. Aku kan ada. Lagipun kau dah janji dengan aku hari tu yang kau nak jadi kuat." Ujar Udin sambil menepuk bahunya perlahan.

"Aku tahu. Aku kuatla.." ujar Bain sambil tersenyum." Aku suka sangat tengok awan-awan tu. Kadang-kadang kalau aku tak pandang ke atas sekali dalam sehari rasa macam orang kemaruk cinta je" gurau Bain sambil ketawa kecil.

Udin yang melihat kawan baiknya itu mula ketawa merasa senang hati.

"Tapi kan Bain, aku rasa kau memang berjodoh la dengan awan. Mana tahu satu hari nanti kau jadi 'pilot' bolehlah kau peluk awan tu hari-hari", tambah Udin ketika Bain mula melangkah ke tempat duduknya. Bain memandang Udin sambil mengaminkan tangannya ke muka. Pecah ketawa mereka berdua.

Saturday, January 22, 2011

Tulisan pertamaKu..

Bismillahirrahmanirrahim.....
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.
Akhirnya berjaya menulis untuk kali pertama di blog..alhamdulillah(^_^)..Biasanya apa yang patut di tulis untuk kali pertama ya....Uhm..blog ini saya ciptakan untuk mencoret apa yang tersimpan dalam kepala selama ini kepada sekeping kertas.Oleh kerana kita patut mengikut perkembangan semasa,maka ditulislah pada skrin putih di dalam blog. Jika seorang pelukis dapat menzahirkan ideanya pada sekeping kanvas,saya fikir menulis pada skrin putih adalah perlu untuk seorang pemikir..(pemikir ke?)..Apa-apa pun semoga saya "Dapat Memberi Sebanyak-banyaknya...." pada blog ini.Amin...