Saturday, July 23, 2011

Mamat si budak bubur kacang~.~

“Hari ni kau makan bubur kacang tak lagi Mat?” soal Karim apabila dia melihat Mamat mula menguap panjang.

 Waktu rehat yang hanya tinggal sepuluh minit lagi menyebabkan dia mula mengunyah laju baki nasi lemak yang ada di pinggannya. Mamat melihat sekilas pada Karim yang begitu berselera menikmati nasi lemak kantin sekolahnya itu. Sehinggakan sambal bilis yang pedas macam nak membunuh orang itu pun dikatakan rasanya hanya ala-ala bilis sweet sour. Apa punya orang la.

“Aku dah makan pagi tadi dekat rumah. Mak aku awal-awal lagi dah perah santan.” Mamat mula memandang Karim penuh semangat. “Kau tahu punyalah pekat bubur kacang mak aku buat. Kau bukan tak tahu selera aku kan. Bubur kacang yang tak pekat melekat aku tak makan. Hahahaa…”ketawa Mamat panjang.

Karim yang sudah faham perangai kawannya itu hanya tersenyum . Mamat yang suka makan bubur kacang. Mamat yang obsess dengan bubur kacang. Mujurla dia minat bubur kacang, kalau diminatnya burger McD tak ke naya mak dengan bapak dia. Karim sengih lagi. Bunyi loceng tamat waktu rehat menyelamatkan dia dari terus dengar syarahan Mamat pasal bubur kacangnya. Rasanya kalau suruh dibuat karangan SPM, mahu pecah rekod karangan terpanjang pasal bubur kacang!

.........................................
“Karim, kau tahu tak Sabtu ni ada kenduri dekat rumah Mak cik Bedah. Anak dia kahwin”. Karim yang mula mengunyah rambutan manis depan rumahnya memandang Mamat yang sudah mula turun dari pohon rambutan.

Kerengga-kerengga yang mula merayap pada seluar tracknya yang berlubang di lutut itu di sapunya cepat. Karim hairan apabila Mamat menyebut rumah Mak cik Bedah ada kenduri. Mamat kenal ke anak Mak cik Bedah. Setahunya anak Mak cik Bedah yang bongsu pun sudah 26 tahun. Tak ada yang sebaya dengan mereka. “Kenapa? Mak cik Bedah jemput kau ke?”. Karim menyoal Mamat setelah dilihatnya Mamat mula memandangnya. “Mak aku cakap ada bubur kacang”. Mamat menyengih. Karim yang mendengar alasan Mamat mula menepuk-nepuk dahinya. Tidak percaya yang keobsesan Mamat pada bubur kacang makin menjadi-jadi. Nampak gayanya Mamat dah makin maju. “Kau nak buat kajian ke apa Mat? Jangan kau kata kau nak pergi makan free bubur kacang kat sana”.

“Mak aku dah membebel la sekarang. Dia kata harga santan makin mahal. Nyior pun mahal. Dia dah tak mahu buatkan aku bubur kacang. Kau tahu, dia cakap kalau aku nak makan bubur kacang lagi aku kena pergi cari sendiri. Itu yang aku nak pergi rumah Mak cik Bedah Sabtu ni”. Karim yang mendengar melopong. Andaiannya betul. Mamat nekad betul. Dia memandang Mamat yang sedang melibas-libas bajunya pada batang pohon rambutan. Parah betul keadaan dia ni kalau tak makan bubur kacang. Mahu dilibasnya aku pula nanti. “Jadi kau nak pergi la ni? Kau pergi seorang kan?” Karim bimbang jika dia diajak sama. Tak pernah-pernah dia pergi ke kenduri. Nanti dibantainya kena pergi salam dengan tuan rumah. Dia nak cakap apa. Parah-parah.

“Kita pergi berdua la. Kau teman aku ya”.Mamat menyengih-nyengih sambil membuat muka ala-ala manja. Karim sudah rasa mahu pengsan.

**********************
“Mat, kita kena pegi salam dengan tuan rumah jugak ke nanti?”. Karim yang sudah mula rasa peluh dingin membasahi pipinya menyoal Mamat yang dilihatnya sedang membetul-betulkan bajunya. Lain betul penampilan Mamat hari ni. Kemas bersih. Hampir tak kenal Karim tadi.

“Pergi kenduri memang la kena salam dengan tuan rumah dia. Kau ni. Kurang ajar tu namanya kalau lepas makan tak ucap terima kasih dekat tuan rumah. Hehehe .....”.

“Kau melawak ye Mat. Aku balik kan.....” acah Karim. 

Mamat cepat-cepat menarik tangan Karim.

“Aku gurau je la Rim. Kau jangan macam ni. Aku dah prepare lama tahu ayat-ayat untuk hari ni. Kau nak tengok aku merana sepanjang minggu ni ke ....”. Mamat buat ayat memujuk. Tidak sampai hati melihat Mamat yang sudah buat muka macam bini baru ditinggalkan laki tu cepat-cepat Karim melangkah ke arah khemah besar yang sudah tersedia di hadapan rumah Mak cik Bedah. Mamat di belakangnya menjerit panjang sambil melompat-lompat.

Suasana riuh dengan suara kanak-kanak yang berlari ke sana ke mari. Karim yang sudah selesai membasuh tangan melilau mencari Mamat. Tadi dia baru sahaja selesai menghabiskan mangkuk bubur kacangnya yang ke dua. Memang betul-betul hantu bubur kacang. Dia pun tidak tahu kenapa Mamat minat betul dengan bubur kacang. Dia semangkuk pun sudah rasa macam terus nak cari air masak lepas makan. Manis. Agaknya Mamat bakal menjadi penghidap penyakit popular dia Malaysia-diabetes- satu hari nanti.

Mata Karim tidak lepas-lepas memandang ke sana sini. Lepas ni kena pergi jumpa tuan rumah. Dia sudah nampak Pak Jusoh yang tercegat tepi khemah sambil sibuk menyalami setiap tetamu yang datang. Adat berkenduri, tuan rumah mesti akan tersenyum memanjang sepanjang hari. Hanya berhenti sekejap-sekejap untuk berehat dan solat. Tahun lepas kakak dia kahwin pun macam tu. Lepas tu malamnya dia yang jadi tukang urut kaki ayahnya.

 Ayat yang diajar oleh Mamat tadi diingat balik. ‘Terima kasih Pak cik. Tahniah sebab sudah terima menantu baru’. Skema.

“Melamun!”. Sergah Mamat yang tiba-tiba datang dari ceruk mana dia pun tidak tahu.

“Kau pergi mana? Puas aku intai sana sini. Dah siap ke? Jom la kita balik”. Karim memandang Mamat yang sedia tersengih. Tangan kanannya memegang plastik warna hijau. Ada isi pula tu.

“Apa tu?”
“Ha. Inilah senjata yang aku prepare dari malam tadi. Jeng ...jeng....”. Mamat membuka isi plastik hijau di tangannya itu.

Bubur kacang!

“Wei! Mana kau dapat ni?”

“Aku mengayat la. Aku pergi dekat bahagian dapur tadi. Mak cik- mak cik dekat situ ramah giler. Aku cakap kakak aku mengandung. Dia mengidam nak makan bubur kacang. Apa lagi mak cik tu terus bungkus bubur kacang dekat aku. Best giler....”

“Ha!” .Karim menepuk dahinya berkali-kali. Tidak percaya dengan tindakan Mamat. Apa la nasib dia dapat kawan yang tidak tahu malu ni. Mamat di tepinya masih tersengih dengan mata yang sekejap-sekejap melihat isi plastik hijau di tangannya. Karim cepat-cepat melangkah ke arah Pak cik Jusoh.

“Rim! Tunggulah!”. Jeritan Mamat tidak dihiraukannya.

************

Tuesday, April 12, 2011

BAIN

BAIN

Bahrain mendongak ke langit yang membiru. Kepulan awan yang memutih memberikan petanda bahawa cuaca yang baik pada pagi ini. Anak-anak burung yang baru belajar untuk mengendalikan sayapnya tidak terlepas pada pandangannya.Akalnya mula mengagumi ciptaan Allah itu.Sekecil-kecil burung pun harus belajar untuk hidup. Apatah lagi manusia yang dianugerahkan Allah kesempurnaan..Subhanallah...
"Bain!!!!...kenapa tak ke sekolah lagi?", laung satu suara dari arah belakang rumah membuatkan lamunannya terhenti.
"Ya mak!..Bain ke sekolah dulu ni," kata  Bahrain sambil mengikat tali kasutnya. Bain...panggilan yang diberi oleh arwah atuknya dulu. Susah sangat kata atuknya nak menyebut namanya. Maklumlah dah kurang gigi di depan. Tersengih sendiri dia bila ingatkan atuk. Hidupnya banyak dihabiskan dengan arwah dahulu. Ke sungai...ke kebun...
"Bain!!!!"
"Ye..ye.. mak..Bain pergi dulu. Assalamualaikum!!!"..teriak Bain kuat.

**********

Bain meletakkan beg di belakang kerusi. Kelas telah mulai penuh dengan kawan-kawannya yang sibuk dengan agenda masing-masing. Dia melilau mencari teman baiknya Udin yang belum kelihatan dari tadi.

"Hoi!". Sapa seseorang dari belakang sambil menepuk bahunya.
Bain yang sedikit tersentak pantas menoleh kebelakang. Sengihan Udin yang menampakkan barisan giginya yang kekuningan kesan terlampau minum air teh kata Udin membuatkan Bain tersenyum.
"Lambat kau datang hari ini. Aku ingat kau tak datang sekolah", kata Udin sambil mengeluarkan buku matematik tambahan.
"Aku lambat sikit hari ini. Ambil 'mood' tengok langit...."
"Aku faham sangat kau tu...",ujar Udin tanpa memandangnya. Dia telah mula membuat kiraan pada buku latihan matematik tambahannya. Udin, kawan sekampungnya dan juga teman akrab dari kecil. Dia banyak berkongsi suka duka dengan Udin. Malah kawannya itulah yang banyak menemaninya semasa dia hilang semangat ketika atuknya meninggal. Udin tahu yang Bain terlalu sayangkan atuknya dan tabiat melihat awan-awan di langit itulah yang diwarisi oleh Bain dari atuknya, Tok Ramli.
"Apa yang kau tengok sebenarnya?" ujar Udin tiba-tiba.
"Aku pun tak tahu Udin..Tapi ini sahaja cara yang aku boleh buat untuk dapatkan semangat aku balik. Pandang ke awan macam aku pandang arwah atuk aku."
Udin mengangkat kepalanya sambil mengerutkan dahi. "Kau jangan macam ni. Aku kan ada. Lagipun kau dah janji dengan aku hari tu yang kau nak jadi kuat." Ujar Udin sambil menepuk bahunya perlahan.
"Aku tahu. Aku kuatla.." ujar Bain sambil tersenyum." Aku suka sangat tengok awan-awan tu. Kadang-kadang kalau aku tak pandang ke atas sekali dalam sehari rasa macam orang kemaruk cinta je" gurau Bain sambil ketawa kecil.
Udin yang melihat kawan baiknya itu mula ketawa merasa senang hati.
"Tapi kan Bain, aku rasa kau memang berjodoh la dengan awan. Mana tahu satu hari nanti kau jadi 'pilot' bolehlah kau peluk awan tu hari-hari", tambah Udin ketika Bain mula melangkah ke tempat duduknya. Bain memandang Udin sambil mengaminkan tangannya ke muka. Pecah ketawa mereka berdua.
“Mak, Bain ke kebun limau dahulu. Udin nak ikut tolong sekali petang ini" ujar Bain sambil memandang emaknya yang sedang leka mengait mangga di hadapan rumah.
            "Yelah. Jangan lupa tengok-tengokkan ayah kamu sekali. Tengahari tadi balik sekejap sahaja. Lepas makan  terus menghilang ke kebun sayur tu" bebelan Mak Timah mula panjang apabila teringatkan suaminya itu. Dia merasakan kelainan pada kelakuan suaminya.
            "Baik mak, nanti Bain singgah di kebun sayur dahulu". Bain mengangkat tongkat basikalnya dan mula mengayuh basikal laju ke hadapan jalan. Udin sudah sedia menunggunya.
            Mak Timah hanya memandang kelibat anaknya yang mula menghilang. Ingatannya kembali pada Pak Rahim, bapanya Bain. Mak Timah tahu yang kebun limau serta kebun sayur itu sahajalah tempat suaminya berada. Cuma rasa bimbang pada suaminya makin menjadi-jadi semenjak kebelakangan ini. Semenjak Pak Rahim asyik mengadu sakit-sakit dada, menyebabkan dia juga tidak senang duduk. Bila dilarang ke kebun, ada sahajalah alasannya. Bosan hanya goyang kaki di rumah, letih kalau hanya duduk. 
            Perangai suaminya sekarang banyak mengingatkan Mak Timah pada arwah mentuanya, Haji Ramli. Dada Mak Timah berombak kencang.."Nauzubillah..." ucap Mak Timah perlahan. Hatinya dipujuk untuk tidak terlalu banyak berfikir.

******************
            Malam mula melabuhkan tirainya. Bain yang masih melawan rasa mengantuknya mula tersengguk-sengguk. Ulangkajinya malam ini sengaja diperbanyakkan lagi memandangkan peperiksaan SPM yang semakin hampir. Sesekali emaknya, Mak Timah menjengulkan kepala di pintu bilik melihatnya belajar. Wajah tua emaknya kadang-kadang membawa hatinya diruntun hiba. Wajah yang selalu berjaga malam ketika dia sakit.
            "Bain akan berusaha mak " bisik hati kecilnya. Walaupun kehidupannya sekarang boleh dikatakan stabil, tetapi dengan hasil kebun sayur dan kebun limau yang semakin merosot kebelakangan ini, merungsingkan mereka sekeluarga. Bain sedar sebagai abang sulung, dia menggalas tanggungjawab yang cukup besar dalam keluarganya. Dia memerlukan satu motivasi yang cukup tinggi untuk ditunjukkan kepada adik-adiknya. Pesan arwah atuknya suatu ketika dahulu masih segar dalam ingatannya. 
            "Jadi orang yang berguna, Bain. Hidup ini memerlukan kita untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukanlah hanya untuk kita menerima pemberian orang lain" kata Haji Ramli pada Bain ketika mereka sama-sama duduk di pangkin bawah pokok mangga di hadapan rumahnya. Sesekali Haji Ramli merenung mesra cucunya yang sedang asyik melukis awan-awan sambil mata Bain tidak lepas memandang ke langit. 
            "Bain nak sentuh awan-awan ni nanti atuk!" ujar Bain sambil tangannya masih ligat mencoret-coret di atas kertas lukisannya. Haji Ramli yang mendengarnya hanya tersenyum.
            "Tinggi cita-cita cucu atuk ni...." kata Haji Ramli sambil menggosok-gosok kepala Bain. Walaupun peristiwa itu sudah lama berlalu, namun masih terasa hangat kepalanya ketika disentuh atuk.
            Bunyi batuk kuat ayahnya tiba-tiba mengejutkan Bain dari ingatan sepuluh tahun lepas. Dia cepat-cepat menapak ke arah bilik ayahnya. Mak Timah sedang mengurut-ngurut dada ayahnya yang berombak kencang. Bain segera memicit betis ayahnya yang sudah berkedut di mamah usia itu. Pak Rahim menarik nafas kuat-kuat sambil beristighfar.
            “Ayah ....”. Panggilan Bain hanya dibalas senyuman oleh ayahnya. Namun Bain nampak yang ayahnya sedang melawan rasa sakit dadanya. Lima minit beristighfar di samping Mak Timah dan Bain membantu, Pak Rahim dapat bernafas dengan baik kembali. Ayahnya meminta Bain kembali ke biliknya.
            “Ayah tak apa-apa. Bain pergilah tidur ya”, ujar Pak Rahim sambil mengorak senyuman nipis. Bain bangun dan perlahan-lahan berlalu ke biliknya.  Mak Timah yang masih lagi merasa risau memandang suaminya lama.
            “Kita ke klinik ya bang esok”, ujar Mak Timah sambil terus memicit bahu suaminya. “Saya tak apa-apa. Orang tua biasalah, Timah. Badan yang Allah bagi pinjam ni dah lama digunakan. Mulalah ada yang tak kena.Lagipun banyak lagi kerja kat kebun tu”. Bain yang mula melangkah ke biliknya terhenti. Kata-kata ayahnya membuatkan hatinya dipalu sebak. Cepat-cepat dia berlalu masuk ke biliknya.

**************************
           
            Kelas agak sunyi pagi itu. Peperiksaan pertengahan tahun baru sahaja mereka semua lepasi. Kebanyakkan daripada pelajar kelas 5 Sains 1 asyik dengan buku masing-masing. Pengumuman dari pembesar suara sekolah baru sahaja memberitahu semua pelajar tingkatan lima harus berada di kelas masing-masing kerana mesyuarat guru tingkatan lima sedang berlangsung di bilik mesyuarat. Bain dan Udin tidak ketinggalan menggunakan masa dengan sebaiknya untuk mengulangkaji pelajaran. Peperiksaan SPM yang tinggal hanya beberapa bulan lagi membuatkan mereka lebih tekun untuk belajar.
            “Bain, macam mana kesihatan ayah engkau?”. Bain yang tekun membuat latihan matematik tambahan mengangkatkan mukanya mendengar soalan Udin. Dia memandang wajah rakan baiknya itu sejenak. “Macam tu la. Malam tadi sesak nafas lagi. Aku pun bimbang ni. Bila emak aku ajak ke klinik, dia tak mahu.”. Raut wajah Bain jelas membayangkan yang dia amat risaukan kesihatan ayahnya itu.
            “Sabarlah ya Bain. Aku doakan ayah engkau cepat sembuh”. Bain hanya mampu tersenyum mendengar kata-kata Udin. Dia memandang ke luar tingkap kelasnya. Matanya merenung jauh ke arah bukit yang kelihatan gagah berdiri. Hatinya sempat berdetik mengagumi ciptaan Allah itu. Kekuatan bukit itu pasti datang dari pasaknya. Dia berfikir manusia juga pasti dapat berdiri dengan kuat kalau hati dan kekuatan dalamannya kukuh. Iman; kata ayahnya. Tiba-tiba seperti mendapat semangat baru, Bain kembali menyelak buku teks matematik tambahannya itu. Udin yang melihat kelakuan Bain hanya mampu tersenyum. Dia tahu rakan baiknya itu seorang remaja lelaki yang telah matang berbanding usianya. Udin mengagumi kepandaian serta perwatakan yang dimiliki oleh Bain. Walaupun dalam keadaan tertekan, Bain masih mampu menangani masalah dengan baik. Memang sesuai untuk jadi seorang pilot!. Udin tersenyum senang.
***************
            Petang itu Bain mengayuh laju basikalnya menuju ke kebun pisangnya. Hari ini dia telah berjanji dengan Pak Mail untuk menjual pisang-pisangnya. Hasilnya nanti dapatlah dia beli ubat untuk ayahnya. Kebun pisang yang sudah tidak jauh membuatkan Bain mengayuh lebih laju basikalnya. Setelah membelok di simpang kecil berdekatan dengan parit, dia melihat van Pak Mail yang sudah sedia menanti.
            “Maafkan saya Pak Mail. Saya terlambat sikit”. Bain menyalami tangan Pak Mail yang sedang tersengih dengan rokok daun terkepit kemas di celah giginya. “Tak apa, Bain. Pak Mail sengaja datang awal. Boleh tolong kamu tebang pisang-pisang tu. Ayah kamu macam mana? Sakit-sakit lagi?”. “Macam tu la Pak Mail. Ayah degil. Tak mahu ke klinik”. Bain yang mula bergerak ke pohon pisang dengan sebilah parang menjawab sambil memandang Pak Mail yang sudah pun bersedia untuk mencantas pisang yang masak kuning. “Nanti Pak Mail singgah rumah kamu sekejap. Mana tahu ayah kamu nak dengar cakap Pak Mail”. Kata-kata Pak Mail sedikit melegakan hati Bain. Dia mula mencantas pisang-pisang yang sedang masak kuning itu. Alhamdulillah rezeki dia murah kali ini. Pohon-pohon pisang yang ditanamnya sejak enam bulan dulu memberikan hasil yang lumayan petang ini. Dia tidak henti-henti mengucap syukur dalam hati. Dia tidak sabar untuk berkongsi kegembiraannya itu dengan Udin. Malam nanti dia ada kelas tambahan matapelajaran fizik, subjek yang dia begitu gemari. Balik dari kelas malam nanti dia mahu belanja burger sedap depan sekolah pada Udin. Budi baik rakannya itu harus dibalas walaupun dia tahu Udin ikhlas menolongnya.

.......Bersambung.........

Tuesday, February 22, 2011

Berfikir Sejenak

Those who believe and have done their duty,
there is good news for them in the life of this world and in the Hereafter.
There is no changing the words of Allah. That is the great victory!
(Qur'an, 10:63-64)



Percaya dengan takdir diri membuatkan diri ini lebih kuat untuk hadapi hidup. Sesungguhnya apa yang berlaku dalam kehidupan harian kita adalah satu pengalaman hidup yang Allah bagi kepada setiap insan. Setiap masa aku cuba untuk insafkan diri walau apa pun yang berlaku. Ada masa kita akan gembira, ada masa kita terjatuh lalu menangis..sometime kita juga akan mudah merasa marah atas kesilapan-kesilapan kecil. Muhasabah diri adalah perkara yang terbaik kita boleh lakukan. 
"Setiap hari adalah kelas untuk kita hadapi. Setiap kejadian yang menimpa kita adalah silibus hidup yang perlu kita habiskan. Hidup menuntut seribu pengorbanan. Tanpa kesabaran dan keimanan yang kuat pasti manusia akan mula hilang arah mencari destinasinya."
Semoga hidupku lebih cerah selepas ini. Hidup seluruh hamba Allah dimuka bumi ini juga, moganya... 

Sunday, February 13, 2011

Idea mula tergendala..kuakua...

Rase kepala macam dah makin lembab je.Nak tulis macam-macam tapi satu pun tak keluar..A yoyo.... 
Aku kena cepat habiskan cerpen ni dan projek 'underground'. Untuk memotivasikan diri, semalam telah menonton kembali 'Honey N Clover' dorama. Cite yang paling best!!! Tengok Ayumi yg berjuang dgn diri.Nakatsu yg tengah cari tujuan hidup...Satu encourage yg bagus.


Aku fikir, kena tambahkan lagi aiming for this year. Improve my english vocab. Since dah lama tak guna, macam dah berkarat kepala ngan lidah untuk bertutur. Lagipun, slogan tahun ni; Just Do It; memang betul-betul kena applykan. So, 'just do it' untuk apa sahaja. 

Sunday, January 30, 2011

"Mak, Bain ke kebun limau dahulu. Udin nak ikut tolong sekali petang ini" ujar Bain sambil memandang emaknya yang sedang leka mengait mangga di hadapan rumah.

"Yelah. Jangan lupa tengok-tengokkan ayah kamu sekali. Tengahari tadi balik sekejap sahaja. Lepas tu terus menghilang ke kebun sayur tu" bebelah Mak Timah mula panjang.

"Baik mak, nanti Bain singgah di kebun sayur dahulu..". Bain mengangkat tongkat basikalnya dan mula mengayuh basikal laju ke hadapan jalan. Udin sudah sedia menunggunya.

Mak Timah hanya memandang kelibat anaknya yang mula menghilang. Ingatannya kembali pada Pak Rahim, bapanya Bain. Mak Timah tahu yang kebun limau serta kebun sayur itu sahajalah tempat suaminya berada. Cuma rasa bimbang pada suaminya makin menjadi-jadi semenjak kebelakangan ini. Semenjak Pak Rahim asyik mengadu sakit-sakit dada, menyebabkan dia juga tidak senang duduk. Bila dilarang ke kebun, ada sahajalah alasannya.

Perangai suaminya sekarang banyak mengingatkan Mak Timah pada arwah mentuanya, Haji Ramli. Dada Mak Timah berombak kencang.."Nauzubillah..." ucap Mak Timah perlahan.

******************

Malam mula melabuhkan tirainya. Bain yang masih melawan rasa mengantuknya mula tersengguk-sengguk. Ulangkajinya malam ini sengaja diperbanyakkan lagi memandangkan peperiksaan SPM yang semakin hampir. Sesekali emaknya, Mak Timah mengjengulkan kepala di pintu bilik melihatnya belajar. Wajah tua emaknya kadang-kadang membawa hatinya diruntun hiba.

"Bain akan berusaha mak.." bisik hati kecilnya.

Walaupun kehidupannya sekarang boleh dikatakan stabil, tetapi dengan hasil kebun sayur dan kebun limau yang semakin merosot kebelakangan ini, merungsingkan mereka sekeluarga. Bain sedar sebagai abang sulung, dia menggalas tanggungjawab yang cukup besar dalam keluarganya. Dia memerlukan satu motivasi yang cukup tinggi untuk ditunjukkan kepada adik-adiknya. Pesan atuknya dulu masih segar dalam ingatannya.

"Jadi orang yang berguna, Bain. Hidup ini memerlukan kita untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukanlah hanya untuk menerima..."kata Haji Ramli pada Bain ketika mereka sama-sama duduk di pangkin bawah pokok mangga di hadapan rumahnya. Sesekali Haji Ramli merenung mesra cucunya yang sedang asyik melukis awan-awan di langit.

"Bain nak sentuh awan-awan ni nanti atuk!" ujar Bain sambil tangannya masih ligat mencoret-coret di atas kertas lukisannya. Haji Ramli yang mendengarnya hanya tersenyum.

"Tinggi cita-cita cucu atuk ni...." kata Haji Ramli sambil menggosok-gosok kepala Bain.

Thursday, January 27, 2011

saYa Budak barU belajar:'(

rupanya bukan senang untuk menulis. kena sentiasa mencari idea.rasenye kena banyak membaca dan kuatkan semangat lagi.
"Untuk melakukan sesuatu, kita perlukan ilmu dan semangat. Dengan ilmu kita pasti dapat lakukan sesuatu tapi tanpa semangat juga pasti ia tidak akan berjaya"~Maryamah Karpov

Monday, January 24, 2011

.....it's start...

Bahrain mendongak ke langit yang membiru.Kepulan awan yang memutih memberikan petanda bahawa cuaca yang baik pada pagi ini. Anak-anak burung yang baru belajar untuk mengendalikan sayapnya tidak terlepas pada pandangannya.Akalnya mula mengagumi ciptaan Allah itu.Sekecil-kecil burung pun harus belajar untuk hidup. Apatah lagi manusia yang dianugerahkan Allah kesempurnaan..Subhanallah...

"Bain!!!!...kenapa tak ke sekolah lagi?", laung satu suara dari arah belakang rumah membuatkan lamunannya terhenti.

"Ya mak!..Bain ke sekolah dulu ni," kata  Bahrain sambil mengikat tali kasutnya. Bain...panggilan yang diberi oleh arwah atuknya dulu. Susah sangat kata atuknya nak menyebut namanya. Maklumlah dah kurang gigi di depan. Tersengih sendiri dia bila ingatkan atuk. Hidupnya banyak dihabiskan dengan arwah dahulu. Ke sungai...ke kebun...

"Bain!!!!"

"Ye..ye.. mak..Bain pergi dulu. Assalamualaikum!!!"..teriak Bain kuat.

**********

Bain meletakkan beg di belakang kerusi. Kelas telah mulai penuh dengan kawan-kawannya yang sibuk dengan agenda masing-masing. Dia melilau mencari teman baiknya Udin yang belum kelihatan dari tadi.

"Hoi!". Sapa seseorang dari belakang sambil menepuk bahunya.

Bain yang sedikit tersentak pantas menoleh kebelakang. Sengihan Udin yang menampakkan barisan giginya yang kekuningan kesan terlampau minum air teh kata Udin membuatkan Bain tersenyum.

"Lambat kau datang hari ini. Aku ingat kau tak datang sekolah", kata Udin sambil mengeluarkan buku matematik tambahan.

"Aku lambat sikit hari ini. Ambil 'mood' tengok langit...."

"Aku faham sangat kau tu...",ujar Udin tanpa memandangnya. Dia telah mula membuat kiraan pada buku latihan matematik tambahannya. Udin, kawan sekampungnya dan juga teman akrab dari kecil. Dia banyak berkongsi suka duka dengan Udin. Malah kawannya itulah yang banyak menemaninya semasa dia hilang semangat ketika atuknya meninggal. Udin tahu yang Bain terlalu sayangkan atuknya dan tabiat melihat awan-awan di langit itulah yang diwarisi oleh Bain dari atuknya, Tok Ramli.

"Apa yang kau tengok sebenarnya?" ujar Udin tiba-tiba.

"Aku pun tak tahu Udin..Tapi ini sahaja cara yang aku boleh buat untuk dapatkan semangat aku balik. Pandang ke awan macam aku pandang arwah atuk aku."

Udin mengangkat kepalanya sambil mengerutkan dahi. "Kau jangan macam ni. Aku kan ada. Lagipun kau dah janji dengan aku hari tu yang kau nak jadi kuat." Ujar Udin sambil menepuk bahunya perlahan.

"Aku tahu. Aku kuatla.." ujar Bain sambil tersenyum." Aku suka sangat tengok awan-awan tu. Kadang-kadang kalau aku tak pandang ke atas sekali dalam sehari rasa macam orang kemaruk cinta je" gurau Bain sambil ketawa kecil.

Udin yang melihat kawan baiknya itu mula ketawa merasa senang hati.

"Tapi kan Bain, aku rasa kau memang berjodoh la dengan awan. Mana tahu satu hari nanti kau jadi 'pilot' bolehlah kau peluk awan tu hari-hari", tambah Udin ketika Bain mula melangkah ke tempat duduknya. Bain memandang Udin sambil mengaminkan tangannya ke muka. Pecah ketawa mereka berdua.

Saturday, January 22, 2011

Tulisan pertamaKu..

Bismillahirrahmanirrahim.....
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.
Akhirnya berjaya menulis untuk kali pertama di blog..alhamdulillah(^_^)..Biasanya apa yang patut di tulis untuk kali pertama ya....Uhm..blog ini saya ciptakan untuk mencoret apa yang tersimpan dalam kepala selama ini kepada sekeping kertas.Oleh kerana kita patut mengikut perkembangan semasa,maka ditulislah pada skrin putih di dalam blog. Jika seorang pelukis dapat menzahirkan ideanya pada sekeping kanvas,saya fikir menulis pada skrin putih adalah perlu untuk seorang pemikir..(pemikir ke?)..Apa-apa pun semoga saya "Dapat Memberi Sebanyak-banyaknya...." pada blog ini.Amin...