Monday, January 24, 2011

.....it's start...

Bahrain mendongak ke langit yang membiru.Kepulan awan yang memutih memberikan petanda bahawa cuaca yang baik pada pagi ini. Anak-anak burung yang baru belajar untuk mengendalikan sayapnya tidak terlepas pada pandangannya.Akalnya mula mengagumi ciptaan Allah itu.Sekecil-kecil burung pun harus belajar untuk hidup. Apatah lagi manusia yang dianugerahkan Allah kesempurnaan..Subhanallah...

"Bain!!!!...kenapa tak ke sekolah lagi?", laung satu suara dari arah belakang rumah membuatkan lamunannya terhenti.

"Ya mak!..Bain ke sekolah dulu ni," kata  Bahrain sambil mengikat tali kasutnya. Bain...panggilan yang diberi oleh arwah atuknya dulu. Susah sangat kata atuknya nak menyebut namanya. Maklumlah dah kurang gigi di depan. Tersengih sendiri dia bila ingatkan atuk. Hidupnya banyak dihabiskan dengan arwah dahulu. Ke sungai...ke kebun...

"Bain!!!!"

"Ye..ye.. mak..Bain pergi dulu. Assalamualaikum!!!"..teriak Bain kuat.

**********

Bain meletakkan beg di belakang kerusi. Kelas telah mulai penuh dengan kawan-kawannya yang sibuk dengan agenda masing-masing. Dia melilau mencari teman baiknya Udin yang belum kelihatan dari tadi.

"Hoi!". Sapa seseorang dari belakang sambil menepuk bahunya.

Bain yang sedikit tersentak pantas menoleh kebelakang. Sengihan Udin yang menampakkan barisan giginya yang kekuningan kesan terlampau minum air teh kata Udin membuatkan Bain tersenyum.

"Lambat kau datang hari ini. Aku ingat kau tak datang sekolah", kata Udin sambil mengeluarkan buku matematik tambahan.

"Aku lambat sikit hari ini. Ambil 'mood' tengok langit...."

"Aku faham sangat kau tu...",ujar Udin tanpa memandangnya. Dia telah mula membuat kiraan pada buku latihan matematik tambahannya. Udin, kawan sekampungnya dan juga teman akrab dari kecil. Dia banyak berkongsi suka duka dengan Udin. Malah kawannya itulah yang banyak menemaninya semasa dia hilang semangat ketika atuknya meninggal. Udin tahu yang Bain terlalu sayangkan atuknya dan tabiat melihat awan-awan di langit itulah yang diwarisi oleh Bain dari atuknya, Tok Ramli.

"Apa yang kau tengok sebenarnya?" ujar Udin tiba-tiba.

"Aku pun tak tahu Udin..Tapi ini sahaja cara yang aku boleh buat untuk dapatkan semangat aku balik. Pandang ke awan macam aku pandang arwah atuk aku."

Udin mengangkat kepalanya sambil mengerutkan dahi. "Kau jangan macam ni. Aku kan ada. Lagipun kau dah janji dengan aku hari tu yang kau nak jadi kuat." Ujar Udin sambil menepuk bahunya perlahan.

"Aku tahu. Aku kuatla.." ujar Bain sambil tersenyum." Aku suka sangat tengok awan-awan tu. Kadang-kadang kalau aku tak pandang ke atas sekali dalam sehari rasa macam orang kemaruk cinta je" gurau Bain sambil ketawa kecil.

Udin yang melihat kawan baiknya itu mula ketawa merasa senang hati.

"Tapi kan Bain, aku rasa kau memang berjodoh la dengan awan. Mana tahu satu hari nanti kau jadi 'pilot' bolehlah kau peluk awan tu hari-hari", tambah Udin ketika Bain mula melangkah ke tempat duduknya. Bain memandang Udin sambil mengaminkan tangannya ke muka. Pecah ketawa mereka berdua.

No comments:

Post a Comment